Blog
RM5,000 VS RM12,000 Bil Elektrik Di Office Menara KH
Menara KH yang dulu dikenali sebagai Menara Promet adalah menara pejabat 35 tingkat yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Ia terletak bersebelahan Wisma Genting, Menara Dion dan banyak lagi bangunan pencakar langit yang lain. Satu daripada tarikan di sana adalah heli-pad di atas bumbung yang telah diubahsuai menjadi cafe dan restaurant dimana pengunjung boleh menikmati pemandangan langit Bandar Raya Kuala Lumpur.
Pejabat urusan Perhentian Island Resort terletak di tingkat 26 menara tersebut. Mereka menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa kepada pengunjung di pulau terbesar di Nusantara iaitu Pulau Perhentian, Terengganu. Ia adalah tempat peranginan peribadi yang dibina di atas hutan hujan semula jadi seluas 25 ekar dan tepi pantai yang bersih dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Dari pantai yang indah, keindahan hutan semula jadi hingga pelbagai aktiviti menarik, pengembaraan dan masakan yang sedap, tempat percutian yang sempurna untuk menghidupkan semula diri anda.
So, macam mana Perhentian Island Resort jimat RM420,000 dalam masa 5 tahun untuk pejabat mereka di Menara KH ? Sebelum ini, pejabat Perhentian Island Resort mempunyai aircond jenis Packaged DX dengan cooling capacity 200,000 Btu/hr untuk menyejukkan keseluruhan pejabat. Menurut pengarahnya iaitu Encik Hussain Ahmad Abdul Kader, jumlah bil elektrik bulanan mereka mencecah hampir RM12,000 sebulan. Pada Mei 2015, mereka membuat pengubahsuaian penuh untuk pejabat mereka dan melantik Radical Network Sdn Bhd sebagai kontraktor utama projek tersebut.
Apa yang menyebabkan Radical Network memilih Prihoda fabric duct ?
Menurut salah seorang Interior Designer dari Radical Network iaitu Encik Roslani Manaf, ada 3 sebab utama mengapa mereka memilih Prihoda fabric duct sebagai sistem aircond utama di pejabat Perhentian Islan Resort. Antaranya ialah :
Ketinggian Siling
Ketinggian siling di pejabat Perhentian Island Resort sangat rendah lebih kurang 3 meter sahaja. Jika menggunakan conventional ducting, mereka terpaksa turunkan siling lagi untuk menutup ducting tersebut.
Pilihan yang terbaik untuk situasi tersebut adalah Prihoda fabric duct. Prihoda fabric duct dipasang secara terdedah dibawah siling, jadi siling tidak lagi perlu diturunkan ke bawah. So apa benefits yang client dapat adalah ruang pejabat menjadi lebih luas jika hendak dibandingkan dengan pemasangan conventional ducting yang lain dimana ia terpaksa ditutup dengan siling kerana penampilannya yang kurang kemas.
Tambahan pula, Prihoda fabric duct juga boleh custom pelbagai jenis corak, pattern dan juga warna mengikut kemahuan client dan Interior Designer. So, suasana pejabat akan menjadi lebih ceria dengan corak dan warna yang natural.
Sistem Teknologi Hijau
Prihoda fabric duct diklasifikasikan sebagai salah satu sistem teknologi hijau kerana material nya yang diperbuat daripada bahan kitar semula polyester. Bukan itu sahaja, Prihoda fabric duct juga telah mendapat pengiktirafan dari MyHijau Malaysia.
MyHIJAU adalah inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan sumber,produk dan perkhidmatan hijau di Malaysia. Program ini telah diluluskan oleh Majlis Teknologi Hijau & Perubahan Iklim (MTHPI) pada 23 Oktober 2012.Apa kelebihan yang client dapat apabila menggunakan produk hijau ni ?
Mana-mana syarikat atau client yang membeli atau menggunakan produk MyHijau layak mendapat Green Investment Tax Allowance (GITA). Semakin banyak produk MyHijau yang digunakan di sesebuah bangunan, semakin sedikit pembayaran cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
Penjimatan Tenaga
Kos untuk pemasangan Prihoda fabric ducting ini mungkin sama banyak atau murah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kos pemasangan conventional ducting yang lain. Salah satu sebabnya adalah Prihoda fabric ducting ini adalah produk yang diimport khas daripada Czech Republic.
Tetapi kenapa Prihoda fabric duct boleh menjimatkan tenaga ? Faktor utamanya adalah kecekapan Prihoda fabric duct 25% lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan conventional duct. Ini kerana Prihoda fabric duct mampu untuk mengagihkan angin sejuk secara sekata tanpa sebarang air losses.
Bila kecekapan sistem itu tinggi, buat apa nak pakai kapasiti aircond yang besar sedangkan guna kapasiti aircond yang kecil pun dah mampu untuk sejukkan keseluruhan ruang.
Apa yang terjadi selepas pengubahsuaian office Perhentian Island Resort?
Prihoda Malaysia menggalas tanggungjawab untuk mengkaji keseluruhan susun atur aircond agar sesuai dengan sistem Fabric Ducting. Sistem aircond yang lama sudah berusia lebih dari 15 tahun sudah tidak relevan lagi kerana bil elektrik terlalu tinggi disebabkan sistem aircond yang kurang efisyen.
Selepas pengiraan cooling load dilakukan, Prihoda Malaysia mencadangkan untuk install 180,000 Btuh/hr sahaja dimana kurang 20,000 Btuh/hr dari sistem asal. Apa yang menarik untuk projek di pejabat Perhentian Island Resort ni, ia adalah projek pejabat pertama untuk Prihoda di Malaysia.
Selepas pemasangan Prihoda fabric duct dilakukan, proses Testing & Commissioning (T&C) dilakukan untuk pastikan angin sejuk daripada sistem Prihoda fabric ducting diagihkan secara sekata di keseluruhan ruang. Proses T&C ini termasuk temperature mapping (°C) dan sound pressure level (dB). Prihoda Malaysia juga mempunyai Key Performance Indicator (KPI) untuk proses T&C iaitu +/- 1°C untuk suhu dan sound pressure dibawah 60 dB.
Guess what ?
Selepas setahun guna Prihoda fabric duct, bill elektrik di office Perhentian Island Resort berubah dari RM12,000 ke RM5,000 sebulan !
Serius laaaaaaa !
Hampir RM7,000 mereka jimat untuk pengunaan elektrik dalam sebulan. Dan yang paling menariknya, Perhentian Island Resort dapat Return of Investment (ROI) dalam masa 5 tahun je guys ! Bayangkan sebulan jimat RM7,000, setahun dah jimat RM84,000 !