ZERO CONDENSATION di Ruang Legar Masjid Puncak Alam

Masjid Puncak Alam yang terletak di Persiaran Puncak Alam 1, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor menjadi lambang perpaduan masyarakat Islam di negara ini. Ruang masjid yang terletak di atas tanah seluas 3.8 hektar ini boleh memuatkan 5,000 jemaah solat Jumaat. Masjid ini mula dibina pada 1 Julai 2011, mula beroperasi pada 16 Jun 2014 dan dirasmikan Sultan Selangor pada 10 Julai 2015. Masjid ini dibiayai oleh pengerusinya iaitu Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Kisah Prihoda fabric duct di Masjid Puncak Alam bermula pada hari Jumaat, ketika Tan Sri Razali lewat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Beliau terpaksa solat di ruang legar masjid di mana ruangnya terbuka (open space). Beliau berasa amat panas dan berpeluh-peluh ketika solat, menyebabkan solatnya terganggu dan tidak khusyuk. Beliau menyatakan hasrat untuk memasang aircond di ruang tersebut dan melantik Mega Jati Consultant untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Pada awalnya, projek ini sangat mustahil kerana ruang yang hendak disejukkan adalah terbuka. Jika mereka propose untuk memasang Galvanized Iron (GI) ducting di ruangan tersebut, cabaran utamanya adalah ducting tersebut akan berlaku kondensasi (Condensation) kerana perbezaan suhu luar dan dalam ruang legar tersebut amat besar. Jika ducting tersebut dibalut dengan setebal-tebal insulation sekalipun, tetap akan berlaku proses kondensasi. Air dari ducting akan menitik ke lantai, malahan ceiling di ruang tersebut juga akan berkulat dan kotor. 

Mampukah Prihoda fabric duct sejukkan ruang legar Masjid Puncak Alam yang terbuka dengan perbezaan suhu persekitaran 16°C ?

Jawapannya adalah YES. Ruang legar Masjid Puncak Alam yang terbuka itu boleh disejukkan, tetapi dengan menggunakan konsep SPOT COOLING. Prihoda fabric duct direka bentuk untuk tembak angin sejuk dari sistem aircond terus ke bawah, tempat jemaah masjid solat dengan menggunakan FABRIC NOZZLE

Bukan itu sahaja, cooling coil di Air Handling Unit (AHU) juga di reka bentuk khas dari single coil ke DOUBLE COIL kerana perbezaan suhu on & off coil untuk single coil hanyalah 8°C manakala perbezaan suhu untuk double coil adalah 16°C di mana ia sesuai digunakan untuk ruang legar masjid yang terbuka.   

18671053_1331288323592622_1622295621892895121_n

Apa yang menariknya, TIADA PROSES KONDENSASI berlaku pada Prihoda fabric duct walaupun TANPA INSULATION. Hal ini terjadi disebabkan material Prihoda fabric duct yang telap (PERMEABLE) di mana ia membenarkan angin sejuk mengalir melalui serat-serat benang fabric. 

Mustahil kan Prihoda fabric duct tak berlaku kondensasi walaupun tiada Insulation ? Tapi itulah realitinya.

Bukan sahaja di Masjid Puncak Alam, Prihoda fabric duct juga telah pun dipasang di tempat terbuka yang lain seperti : 

Great Eastern Cafe, Kuala Lumpur

Kompleks PKNS, Shah Alam

TUNGGU APA LAGI, REQUEST PROPOSAL PRIHODA FABRIC DUCT SECARA PERCUMA SEKARANG !