30 HP BACKUP VS 60 HP EXISTING AIRCOND DI Dewan Kuliah UiTM Puncak Alam

Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009. Direka sebagai ‘kampus pintar’, kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. UiTM Kampus Puncak Alam merupakan antara kampus terbaru UiTM yang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009. Kampus yang berkeluasan 1,085.75 ekar ini merupakan kampus tambahan yang dirancang untuk menampung 20,000 lebihan pelajar dari kampus induk UiTM Shah Alam.

SEBELUM

Dewan kuliah UiTM Puncak Alam mempunyai sistem aircond centralized cooling dengan kapasiti 60 hp disambungkan dengan Galvanized Iron (GI) duct seperti gambar rajah di atas. Masalah di dewan kuliah itu bermula apabila pensyarah/VIP di pentas merasa sangat panas dan tidak selesa manakala pelajar di atas merasa sangat sejuk sehingga mengigil. 

Situasi ini dipanggil SHORT CIRCUIT/DEAD ZONE kerana angin sejuk yang diagihkan oleh sistem ducting tidak sekata. Hal ini mungkin berlaku disebabkan 3 faktor utama iaitu DESIGN ERROR, MASALAH PEMASANGAN atau TIDAK BUAT PROPER BALANCING untuk GI duct tersebut. Unit pembangunan UiTM Puncak Alam merasakan siling dewan kuliah tersebut terlalu tinggi, kos untuk robohkan siling dan repair ducting sedia ada mungkin akan memakan belanja yang banyak. 

SELEPAS

Solution yang terbaik untuk masalah Dewan kuliah UiTM Puncak Alam ini adalah dengan menggunakan Prihoda fabric duct sebagai backup sistem aircond di sana. Ini kerana pemakaian Prihoda fabric duct tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian untuk siling dan ducting sedia ada, cuma penambahan sistem aircond dan Prihoda fabric duct sendiri. 

Untuk Dewan kuliah UiTM Puncak Alam ini, 3 rooftop unit berkapasiti 10 hp setiap satu telah dipasang dan disambungkan bersama 3 unit Prihoda fabric duct berbentuk separuh bulat seperti gambar rajah di atas. Ketiga-tiga Prihoda fabric duct tersebut dibuat khas mengikut kedudukan dan jarak angin sejuk untuk ditembak ke lantai. Prihoda fabric duct yang kiri dan tengah digunakan untuk menyejukkan tempat pelajar manakala Prihoda fabric duct yang kanan untuk sejukkan pentas dan tempat pensyarah/VIP.

And guess what ?
Hanya menggunakan backup aircond 30 HP je dah dapat
sejukkan satu dewan kuliah tanpa on existing 60 HP aircond !
What a PERFORMANCE !!

Kesimpulannya di sini, berapa besar kapasiti aircond pun yang kita pakai, kalau angin sejuk tu tak dapat diagihkan dengan sekata tetap takkan dapat nikmat sejuk dan capai Human Thermal Comfort. GI duct bukannya tak bagus, tapi kalau design salah, pemasangan tak ikut drawing, dan tak buat balancing dengan betul, tetap juga akan effect pengagihan angin sejuk ke ruang yang dikehendaki. 

Berbeza dengan penggunaan Prihoda fabric duct, setiap ducting fabric bukan ready stock. Tapi semua custom made mengikut aplikasi dan tinggi ruang yang hendak disejukkan. Tiada lagi kesalahan dalam pemasangan kerana Prihoda fabric duct terdedah di bawah siling berbanding dengan GI duct yang tersorok atas siling. Kalau kontraktor salah pasang, siapa nak check atas siling yang tingginya 6 meter ?

no balancing-01

Bukan itu sahaja, Prihoda fabric duct ni auto balancing, jadi tak perlu lagi kita pakai balometer untuk balance kan angin sejuk yang keluar dari diffuser. Sebab apa ?

Sebab Prihoda fabric duct adalah kombinasi antara ducting dan diffuser. So, sepanjang-panjang Prihoda fabric duct adalah diffuser yang berfungsi untuk mengagihkan udara sejuk dari sistem aircond secara sekata ke setiap ruang. 

Dengan menggunakan Prihoda fabric duct, semua masalah-masalah dari GI duct dapat diselesaikan secara efektif. Hasilnya, semua pelajar dan pensyarah dapat merasai proses pembelajaran yang kondusif di dalam dewan kuliah yang selesa. 

TUNGGU APA LAGI ?! REQUEST PROPOSAL PRIHODA FABRIC DUCT SECARA PERCUMA SEKARANG !