03-55251159 malaysia@prihoda.com

5 MITOS AIRCOND MASJID

attention untuk ajk masjid

Attention to AJK Masjid!

#5 MITOS Air cond Di Masjid.

Kena baca sampai habis. Kalau tak menyesal nanti..

 

Kami tidak pernah kenal erti penat untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk tidak berterusan membazir duit disebabkan oleh sistem penyaman udara yang kurang efisyen.

Admin nak share sikit #5 Mitos-mitos yang biasa kita dengar bagi sistem penyaman udara (Air-Cond) di masjid / dewan / ruangan besar di Malaysia.

#1 MITOS -Spot Cooling

Antara sebab kebanyakkan AJK / Pihak pengurusan masjid minta proposal nak sejukkan sebahagian kecil kawasan masjid (spot cooling) mungkin disebabkan nak jimat budget.

Takut nanti nak jimat, tapi akhirnya lagi teruk membazir duit.

Jom sama-sama kita bongkar macam mana boleh jadi macam tu.

Sebagai contoh sepatutnya mengikut kiraan heat load satu ruangan masjid perlu pasang 60HP aircond.

Dgn 60HP aircond tadi suhu masjid mampu diturunkan daripada 30°C kepada 24°C ketika keadaan paling panas (max peak load). Selalunya solat jumaat la paling panas. Sebab banyak tenaga haba dari badan manusia perlu dibuang keluar ditambah dengan cuaca terik matahari.

Kita ambil contoh : Disebabkan nak jimat, pihak masjid hanya pasang 30HP aircond sahaja. Dengan 30HP tadi, tenaga haba maksimum hanya mampu dibuang keluar sebanyak 50%.

Kadar kesejukkan hanya mungkin boleh diturunkan daripada 30°C kepada 27°C sahaja.

Perlu ingat yg Suhu selesa bagi manusia 22 ke 26°C. (Ashrae standard for thermal comfort)

So bila tak sejuk, itu yang remote control (thermostat) aircond jadi mangsa. Tekan sampai paling rendah 16°C.

Akibatnya compressor aircond akan bekerja tanpa rehat sepanjang beroperasi. Bila asyik jalan ‘Non Stop’ Ia akan memendekkan jangka hayat compressor juga.

Pakai tak sampai 3 tahun, compressor dah ‘Kong’ perkataan biasa geng-geng aircond guna. Maksudnya dah rosak la tu…. Sebab asyik jalan dalam keadaan overload.

Kemudian salahkan kontraktor pula sebab pasang tak betul. Kesian juga nasib kontraktor ni kan..

Selepas 3 tahun, pasang lagi aircond baru.. Kesian.. kan.. Dah free2 je membazir duit collection tabung masjid. Ingat ye bang.. duit tabung ni amanah.

Jangka hayat satu aircond mengikut operasi standard boleh tahan antara 15 ke 20 tahun. Malah 25 tahun kalau mengikut jadual servis yang betul!

Sepatutnya kalau pasang aircond hanya setkan thermostat kpd 24°C sudah memadai, tak perlu sampai 16°C. Bukan boleh sampai 16°C pn suhu bilik tu..

Satu lagi kalau aircond capacity tak cukup, compressor akan jalan ‘high Amp’.

Utk 30HP aircond cooling capacity anggaran dalam catalog ialah lingkungan 66A (32kw).

Jika beroperasi dlm keadaan high Amp, berkemungkinan current aircond akan naik lebih 20% ~ 6.4kw extra. Bill elektrik juga akan extra 20% dari jangkaan awal.

6.4kw x 6 jam sehari (Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak) x rm0.5kw/h (Rate residential) × 30hari sebulan x 12bulan = RM6, 912 setahun.

Ni duit bayaran bill elektrik lebihan untuk setahun.

Kalau 5 tahun RM6, 912 X 5 tahun = RM34,560.

Duit bill elektrik extra 20% dalam RM34k ni sebenarnya dah boleh pasang lagi satu 30HP aircond. Disebabkan nk jimat kos awalan tadi, tapi sebaliknya membazir tiap-tiap bulan akibat bill elektrik extra.

Ni la jadinya. Nak jimat, tapi perkara sebaliknya. Mungkin akan terjadi.

Tak percaya boleh check bill elektrik bulanan masing-masing. Kalau tak pandai, boleh tanya pada yang lebih arif.

Faham ke ni? Tak faham boleh komen. Nanti kita tolong jawabkan.

————————–————————–

 

#2 MITOS - AirCond Tak Perlu Diselenggara

Bila cari budget nak pasang aircond, tapi tak cari budget juga untuk maintenance (selenggara)

Aircond adalah satu alatan yang bergerak. Akan ada wear & tear (haus akibat geseran). Contoh Fan motor & compressor. Ia perlu diselenggara. Sekurang-kurangnya letak greasing, ketatkan belting, atau cuci filter.

Macam TV, ia adalah electronic part yang tidak bergerak. Tidak banyak bahagian yang perlu deselenggara. Tak servis pun mungkin ok.

Tapi kalau macam kereta kita perlu servis setiap 5000 ke 10,000 km. Samala la juga untuk aircond. Ia adalah peralatan yang sentiasa bergerak.

At least 3 bulan sekali perlu diservis. Kalau sebulan sekali cuci filter, check amp, gas pun dah cukup. Bayarla sikit pada kontraktor. Ada kontraktor yang kenakan harga yang berpatutan. Mereka pun nak buat amal juga.

Tak rugi pun. Kalau dah sampai kene tukar compressor nanti kan dah lagi banyak kos perlu bayar..

Kalau tak diselenggara, curent pun akan naik, bill elektrik pun akan naik. Refer kiraan diatas. Sama je aircond akan high amp bila tidak diselenggara.

————————–——————-

#3 MITOS - Hanya Wall mounted / Ceiling Exposed / Ceilling Cassette sahaja yang ada dipasaran.

Agak biasa kita lihat ruangan besar seperti masjid / Dewan menggunakan wall mounted atau ceiling Exposed

Anda tahu tak ada pelbagai jenis aircond yang ada dipasaran Malaysia sejak zaman 1980an lagi?

Setiap model aircond yang dicipta oleh pengeluar aircond ada fungsi untuk aplikasi tertentu.

Untuk ruangan besar (lebih dari 20m lebar) dah kurang sesuai guna wall mounted sebab air throw angin tidak boleh sampai ke 20m ketengah ruangan solat. Sebab tu hanya yang dekat dengan aircond je rasa sejuk.

Bahagian Tengah masjid panas pulak.

Untuk ruangan lebih dari 20m lebar atau lebih dari 10HP aircond mungkin dah perlu guna aircond jenis centralised – AHU / FCU / Large ducted unit.

Sistem ini pengeluar aircond cipta bagi memastikan pengedaran udara sentiasa sekata pada setiap ruangan yang disejukkan bagi mengelakkan ‘Dead Zone’ atau ‘short curcuit’.

AHU atau aircond jenis ni perlu menggunakan ducting (sesalur udara). Tapi design kebanyakkan masjid kita sekarang ni kurang sesuai menggunakan ducting. Sebab takut menggangu interior design masjid.

Tapi perlu ingat juga, kalau bangunan je cantik, tapi panas, orang pun tak suka duduk dalam tu lama-lama. Berpeluh.. Basah baju..

So arkitek pun perlu design “Form Follow Function”

Kalau tak arif tentang aircond, pass cara nak design aircond pada mechanical consultant. Atau mereka yang memang arif tentang aircond ni. Jangan buat-buat pandai. Jangan sentap pulak.. 😁

Jikalau memang tiada space nak run ducting aircond, dah ada solution ducting terbaru yang nampak cantik berbanding ducting besi (GI Duct) ni. Boleh cari info pasal Fabric Ducting.

Sekarang ni siap boleh printing corak islamik lagi.

So dah tiada alasan lagi untuk tak nak guna sistem yang betul pada tempatnya.

Ingat, sistem aircond yang besar memang untuk tempat yang luas. Wall mounted ni bilik tidur boleh la. Tempat luas memang tak sesuai.

Ada sebab mengapa pengeluar aircond mengeluarkan jenis-jenis aircond yang berbeza bagi applikasi yang berbeza.

————————–———————-

#4 Mitos - Air Cond tak sejuk Perlu Sentiasa Tambah Gas.

Ye ke? Jom kita sama-sama bongkarkan penipuan yang biasa terjadi.

Nak tanya..

Peti ais kita perlu tambah gas tak?

Tak kan?

Sistem peti ais adalah sama seperti sistem aircond. Ia menggunakan sistem penyejuk (Refrigerant- Closed Circuit).

Sebab utama perlu tambah gas hanya bila ada kebocoran gas saja. Dan sebelum tambah gas, kontraktor perlu pastikan bahagian yang bocor tadi dibaiki terlebih dahulu sebelum boleh tambah gas.

Kalau tak baiki, memang asyik perlu tambah gas je la..

Bila asyik bocor tu tandanya kualiti pemasangan kurang baik.

Hati-hati bila memilih kontraktor aircond ni. Jangan lihat pada harga saja. Lihat juga kualiti kerja. Biar berpadanan dengan harga.

Murah harga pasang, tapi kualiti kurang, anda akan pening untuk tiap-tiap bulan perlu tambah gas dan lama kelamaan, minyak compressor pun akan berkurangan dalam sistem refrigerant menyebabkan compressor pula yang perlu ditukar.

Kesian lagi.. Asyik kena tipu aje kita ni.

So Pastikan pemasangan aircond mengikut spesifikasi pengeluar aircond. Bila beli aircond minta pada kontraktor ‘installation manual’. So kita boleh pastikan kontraktor pasang tu betul ke tidak.

Minta supplier aircond buat inspection sikit cara kontraktor pasang. Tak pun minta recommendation dari supplier utk mencadangkan kontraktor mana yang ada integriti atau authorised utk buat pemasangan yang baik.

————————–———————

 

#5 Mitos - Pasang aircond tidak perlu upgrade incoming power supply.

Satu lagi. Jika berniat untuk pasang aircond di masjid, pastikan power supply dari TNB ke masjid di naik taraf. Kalau tidak, memang asyik Trip aje lah.

Tengah-tengah solat jumaat tiba-tiba gelap & microfon imam pun dah tak dengar. Jenuh jemaah nak ikut imam solat.

Aircond selalunya akan menggunakan tenaga elektrik sekitar 40% ke 60% untuk sesebuah bangunan.

Bangunan / masjid sedia ada memang selalunya hanya cukup-cukup utk electrical equipments yang sedia ada.

Sebelum Nak tambah aircond, tambah dulu incoming power supply. Admin boleh katakan ikut pengalaman kita, memang tak logik kalau nak tambah aircond di masjid tapi tak upgrade incoming power supply ni.

Lainlah kalau memang developer asal masjid tu baik hati sangat standby 40 ke 50% extra power supply untuk future aircond upgrading. Selalunya memang tak la kan… Sapa nak keluar duit lebih..

Aircond kalau dah lebih 30HP selalunya memang dah wajib upgrade incoming DB (Distribution Board) itu yang kita boleh agak la.

Kalau Nak tahu ada extra ke tak lagi untuk penggunaan Amp ni, switch ‘ON’ semua peralatan elektrik dalam masjid.

Kemudian check penggunaan Amp keseluruhan. Klu ada amp meter just refer di situ. Kalau tiada, perlu clamp wire satu-satu la..

Kalau tak boleh juga, better call kontraktor elektrikal yang lebih arif.

————————–———————

 

Itu saja yang admin dapat share untuk kali ni.

Harap niat murni AJK masjid nak bantu bagi masjid sejuk tidak bertukar menjadi dosa pula akibat membazirkan duit sedekah dari jemaah.

Segala yang baik dari Allah, yang tak baik dari kami sendiri.

Mohon maaf kalau ada yang tersingung hati dan perasaan. Niat kita just nak beritahu isu-isu biasa yang selalu team Prihoda jumpa.

Pesanan paling utama sebenarnya adalah untuk team Prihoda Malaysia sendiri. Buatlah kerja dengan integriti yang tinggi bagi membantu pelanggan.

Kita mampu tipu orang, tetapi kita tidak mampu untuk menipu diri sendiri.

Share post ni jika anda rasa bermanfaat bagi semua AJK masjid di seluruh Malaysia supaya sedar dan tak ulang kesilapan yang berulang. Sebab kadang tu mereka ni tak tahu pun pasal isu ni. Main ‘bedal’ je pasang aircond.

Nanti jangan cakap kita tak bagitahu pula ye..

Kalau Nak sedekah duit untuk pasang aircond di masjid kita tak mampu, tapi kita mampu utk tekan button SHARE.

Tag la nama-nama AJK yang berkaitan.

Moga bermanfaat dunia akhirat.

Sesunguhnya ilmu yang bermanfaat itu salah satu bekalan kita dalam kubur nanti. Ye dak?

————————–————————

Prihoda Fabric Duct

pemasangan di masjid

Contact Kami

Tinggalkan contact detail anda dibawah dan kami akan hubungi anda segera. Atau terus call kami di 0197249024.

© 2019 Prihoda Malaysia. Trademarks and brands are the property of their respective owners.