8 Tips Penjimatan Aircond

Suhu di malaysia boleh mencapai sehingga 40°C. Panas ni..

Kalau ikutkan badan kita ni nak suhu sekitar 22 ke 26 ºC je.

So.. Cuba bayangkan kalau rumah atau pejabat kita suhu sehingga 40°C.. Rasanya sikit lagi je boleh rentung badan kita kot.

Kat posting ni kita just nak share 8 tips yang semua orang boleh try kt rumah atau pejabat bagi mengurangkan kesan haba yang masuk ke dalam rumah kita.

Sebenarnya kalau betul cara uruskan haba ni keluar dan tak terperangkap dalam rumah, tak perlu nak pasang aircond pun dah sejuk rumah.. Dapat suhu sekitar 25-26 pun dah selesa.

Tak guna rumah je cantik tapi panas. Betul-betul?

So boleh follow beberapa tip ni untuk uruskan haba supaya mudah keluar dan susah nak masuk ke dalam rumah.

# 1. Pasang Langsir

Orchard-Garden-Hotel-suite

Haba matahari yang masuk melalui sinaran dapat dihalang dengan penggunaan langsir.

Kalau tak percaya boleh cuba di rumah sendiri. Lagi tebal langsir lagi kurang sinaran yang masuk, lagi kurang panas. Cuma kalau gelap sangat tu perlu pasang lampu la.

Boleh cuba guna 2 lapisan langsir. Satu yang jenis tebal dan satu lagi jenis yang agak nipis supaya boleh control jumlah cahaya yang masuk. Cara ni kita boleh adjust berapa banyak cahaya yang boleh masuk.

# 2. Awningbc2c2e786080e67699d7fab8bf0a21cb

Awning atau penghadang cahaya diluar rumah juga boleh mengurangkan haba sinaran matahari secara terus ke tingkap atau dinding rumah.

Kalau nak guna yang jenis louvers, perlu check mana arah matahari terbit dan terbenam.

so angle louvers tadi patutnya boleh halang cahaya pada pagi, tengah hari & petang.

Macam-macam jenis awning ada di pasaran sekarang yang cantik-cantik.

# 3. LouversIMG_4495a

????????????????????????????????????

passive-cooling-6-638

Kalau perasan seni bina rumah kayu lama silap-silap lebih advance dari design rumah sekarang. bahagian atas tingkap dan pintu akan dipasang louver kayu sama ada adjustable atau fix.

Sekarang dah tak nampak cara passive cooling untuk sejukkan rumah.

Mungkin developer rumah sekarang dah banyak terlepas pandang aspek pembuangan haba.

Molekul udara panas akan lebih ringan dari molekul udara sejuk. So kita perlu pastikan udara panas pada bahagian atas rumah dapat dikeluarkan dengan mudah.

Antara teknik nak bagi haba panas ni keluar ialah guna louver yang boleh laras atau tetap.

Bila ada angin, udara panas bahagian atas rumah akan ditolak keluar dan udara sejuk akan masuk melalui tingkap.

Sebelum nak try kaedah ni, perlu pastikan mana arah angin ke rumah kita. Ini akan beri kesan yang lebih baik jika anda memilih untuk guna passive cooling (Penyejukkan semulajadi tanpa aircond)

# 4. Insuation Bumbungroof-insulation-01

Bumbung Zink adalah pengalir haba yang baik berbanding bumbung tanah liat (Clay).

Sebab tu kalau bumbung rumah anda jenis zink akan lebih panas berbanding rumah jenis atap genting.

Antara tips yang anda boleh cuba ialah menampal insulation di bumbung guna fiberglass, PE atau apa-apa material penebat haba supaya haba panas tadi sukar nak tembus melaui bumbung rumah.

So teknik ni akan mengurangkan cooling capacity aircond jika anda berhajat nak pasang aircond.

# 5. Insulate Dinding

19884013_1031572840312894_5761327380400483125_n

Haba panas dari sinaran matahari dapat dikurangkan dengan menebat dinding rumah dengan penebat haba yang baik.

Antara yang mudah nak dapat di pasaran macam PE foam / Rockwool.

# 6. Tanam Pokok8a635e21bf1e2af2a3d6c71dac87e7e3--palm-trees-landscaping-tropical-landscaping

Pokok mampu bertindak sebagai penghalang cahaya matahari secara terus ke dalam rumah anda.

Pastikan mana arah matahari timbul & terbenam. Bahang matahari akan maksimum pada pukul 3 petang. Pastikan arah pokok perlu menghalang arah sinaran matahari ke rumah anda pada pukul 3 petang ni.

Lagi banyak pokok lagi baik, tapi kalau banyak sangat dah tak nampak rumah la pulak.

# 7. Tampal Lubang Infiltration

19665194_1031572490312929_3278274420539710923_n seal-cracks-caulk

Infiltration atau dalam bahasa mudah kebocoran udara. Kalau rumah kita ada pasang aircond, infiltratioin ni akan menyebabkan udara sejuk dari aircond akan mudah keluar melalui lubang-lubang kecil ni.

So cara mudah untuk jimat aircond ialah dengan menampal atau menutup semua lubang yang ada melaui tingkap atau pintu rumah.

Anda boleh guna silikon atau apa-apa material supaya tak nak bagi angin sejuk dari aircond keluar dari rumah.

 

# 8. Tingkatkan Pengagihan udara Sejuk secara sekata

19225452_1019124711557707_648550445984700625_n

Antara masalah utama aircond juga ialah mengagihkan udara sejuk secara sekata.

Masalah ni akan  lebih ketara jika pasang aircond diruangan yang luas macam di ruang tamu rumah, dewan atau masjid. Selalunya jalan mudah kita akan pasang wall mounted atau ceilling exposed unit sebab mudah pasang dan kos murah.

masalahnya bukan mudah aircond jenis  ni nak shoot angin sampai 20m ketengah terutama masjid secara sekata.

Nak guna centralised unit (Metal ducting) takut ganggu pemandangan. So jalan mudah lagi dengan menambah cooling capacity aircond. Selesai maslah tak sejuk kat tengah masjid.

Tapi masalah lain plak timbul.. orang yang dekat dengan aircond plak akan terlalu sejuk sampai tak selesa.

Duduk sekejap dalam masjid dah rasa nk keluar.

Antara tips yang anda boleh guna ialah guna Fabric ducting. Bukan nak promote sangat Prihoda fabric ducting pun tapi ni la antara solution yang ada buat masa ni bagi agihkan udara sejuk secara sekata, mudah dan boleh blend sikit dengan pemandangan dalam masjid.

 

Harap tips ni dapat beri anda sikit inspirasi dan membantu anda untuk mengurangkan kadar pemanasan didalam rumah, pejabat atau masjid.

 

Selamat mencuba..

 

Jika anda AJK atau kenal AJK masjid, Prihoda ada menyediakan khidmat pengiraan heatload dan proposal secara  PERCUMA termasuk endosement dari Mechanical Consultant.

Sekian.

 

Prihoda Malaysia Sdn Bhd

“Big Space Cooling Expert”

Follow facebook page Prihoda Malaysia

Click  di –> SINI

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *